HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Followers

Monday, March 7, 2011

Dugaan dan Musibah Dalam Hidup adalah Ujian dari Allah S.W.T...


Coretan Untuk Semua...

Apabila dibincangkan tentang dugaan dan musibah, semestinya ianya memerlukan kekuatan iman dan mental yang kuat untuk mengatasinya. Sesungguhnya kita tidak lari dari dugaan dan musibah menimpa kita seharian. Seringkali, apabila dugaan atau musibah menimpa kita semua, kita sentiasa mengeluh dan tidak menganggap ianya sebagai ujian2 yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa. Ianya didatangkan adalah untuk membuatkan kita lebih mendekatkan diri pada Allah S.W.T dan ianya membolehkan kita lebih sabar,tabah dan bersedia menghadapi dugaan atau musibah yang mendatang.



Firman Allah S.W.T:


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Al Ankabuut (29:2)

Seringkali kita tertanya-tanya malah mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian sebegitu berat sekali sehingga ianya membuatkan kita terlupa kepada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah (2:286)

Ini membuktikan bahawa, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah S.W.T Maha Mengetahui setakat mana kemampuan setiap dugaan dan musibah yang diberikan keatas diri kita. Dengan ini, menunjukkan bahawa betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Setiap dugaan dan musibah yang menimpa keatas kita, syaitan sentiasa mencari jalan untuk menghasut kita kearah kesesatan. Seringkali apabila kita ditimpa kesusahan dan dugaan, kebanyakan kita mencari keseronokan dunia yakni berhibur untuk menghilangkan kekusutan yang ada. Sedangkan semua itu adalah lebih menjarakkan lagi diri kita kepada Yang Maha Kuasa?. Tidak kah sepatutnya kita berdoa supaya kita diberikan kekuatan untuk menempuhi setiap ujian yang diberikan dengan sabar dan tenang?



Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamusabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. Al-Imraan (3:120)

Bukankan kita seharusnya berdoa kepada Yang Berkuasa? Hanya Allah saja dapat membantu kita. Berdoalah kepadaNya. Allah tidak pernah jemu mendengar segala rayuan, permintaan serta rintihan hambaNya. Sesungguh Allah itu Maha Mendengar dan tempat memohon pertolongan.


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Al-fatihah (1:5)

Apabila kita ditimpa kesusahan atau musibah, dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam. Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan untuk menghadapinya dan menemui jalan penyelesaian. Akan tetapi, kita perlu ingat, setiap doa perlu diiringi dengan usaha. Doa tanpa usaha ibarat roh tanpa badan. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangkit untuk menghadapinya. Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Tidak salah sekiranya kita berkongsi permasalahan dengan teman2 rapat, yang boleh membantu, memberi kita semangat serta pendapat kearah penyelesaian.

Firman Allah S.W.T:-
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,(Alam nasyrah 94:5-6)

Demikianlah ayat2 yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita, malah ianya diulang sampai dua kali. Oleh itu, kita seharusnya yakin, bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan setiap kali kita ditimpa kesusahan/kesulitan, seharusnya kita menyebut “Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un” bermaksud “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali”.

Firman Allah S.W.T:-(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156)

Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un. Dengan itu, kita seharusnya mengharungi kesulitan tersebut dengan jalan yang benar/betul bersama Allah, bukanya mengeluh. Sekiranya kita bersama dgnNya, Allah S.W.T telah menjanjikan kemudahan selepas kesulitan. SESUNGGUHNYA ITU SUDAH PASTI…
Wallahu a'lam...

1 comment:

Wo Ai Nie said...

huhu pasni ley wat blog pasal solat istiqarah x??? huhu ko kan pernah buat..
bagus tau tuk budak yg xpernah buat mcm aku.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...